Warung Nasi Shukri
Warung Nasi Shukri aka Nasi Ganja katanya 😄 baru sahaja dibuka di Setia Alam, Selangor. Baru beberapa hari dibuka tapi orang sudah ramai datang untuk mencuba sehingga sanggup untuk berbaris diluar menunggu giliran. Makanan yang dicuba memang sedap lauk ayam, telur dan kacang bendi. Masa makan tu ambil telur 2 biji, kacang bendi 5 and ayam seketul Rm 10 sahaja. Untuk air yang boleh refill Rm 2 dikenakan. Total Rm 12 sahaja. Kalau tidak silap, makanan seperti berapa biji telur diambil dan berapa kacang bendi diambil tak dikira rasanya. Makanan dikira berdasarkan nasi + ayam + air = Rm12.
Bila dah pekena nasi ganja baru puas hahaha.... terasa macam style nasi kandar utara ( myhometown). Dekat Warung Nasi Shukri ni air yang boleh refill tu antara yang ada dan dah dicuba, air oren sanquick, air limau ais dan teh tarik dan beberapa lagi jenis air tak ingat dah yang tu. Refill lah sehingga kenyang. Tapi time pergi tu konsep dia layan diri. Yang mana nak beli bungkus beratur panjang di luar dan yang mana nak makan layan diri ambik nasi, lauk semua kemudian masuk makan dekat dalam.
Bagaimana boleh terjah Warung Nasi Shukri? Haritu bersama sahabat seorang blogger Dunia Zumal, sedang belek2 FB group Setia Alam. Kemudian ada FBian 😁 post dalam group mengenai nasi ganja ni. Terus confimlah lunch kat situ 😎 sekian.
Jom kita repeat 🤭
ReplyDelete