Posts

Showing posts from October, 2020

Warung Nasi Shukri

Image
Warung Nasi Shukri aka Nasi Ganja katanya 😄 baru sahaja dibuka di Setia Alam, Selangor. Baru beberapa hari dibuka tapi orang sudah ramai datang untuk mencuba sehingga sanggup untuk berbaris diluar menunggu giliran. Makanan yang dicuba memang sedap lauk ayam, telur dan kacang bendi. Masa makan tu ambil telur 2 biji, kacang bendi 5 and ayam seketul Rm 10 sahaja. Untuk air yang boleh refill Rm 2 dikenakan. Total Rm 12 sahaja. Kalau tidak silap, makanan seperti berapa biji telur diambil dan berapa kacang bendi diambil tak dikira rasanya. Makanan dikira berdasarkan nasi + ayam + air = Rm12.                Rm12 sekali air              sudah ramai Bila dah pekena nasi ganja baru puas hahaha.... terasa macam style nasi kandar utara ( myhometown). Dekat Warung Nasi Shukri ni air yang boleh refill tu antara yang ada dan dah dicuba, air oren sanquick, air limau ais dan teh tarik dan beberapa lagi jenis air tak ingat dah ya...